“Bukan tak rangup, tapi tak masak” – juri MasterChef UK

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Seorang juri MasterChef UK yang dikecam teruk gara-gara komennya tentang kulit ayam dalam masakan rendang ‘tidak rangup’ menukar kenyataannya kepada ‘tidak masak’.

Gregg Wallace  menjelaskan “Saya kata kulit ayam tidak rangup. Saya tidak bermaksud ia tidak dimasak seperti ayam goreng”.

“Apa yang saya maksudkan adalah ia tidak dimasak. Ia memang tidak masak,” katanya ketika muncul dalam program televisyen Good Morning Britain (GMB) bersama seorang lagi rakan jurinya, John Torode pada Rabu.

Pada Isnin, peserta Malaysia, Zaleha Kadir Olpin telah menyediakan hidangan nasi lemak dan rendang ayam untuk program MasterChef UK.

Bagaimanapun, Wallace dan Torode mengkritik rendang yang disediakan Zaleha dan menyingkirkannya daripada program realiti tersebut.

Sumber: Mstar