KE UDARA

Tabah

Mazleela
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Cara Terbaik Untuk Elak Microsleep

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan pemergian arwah Amin Faiz Nohani, pelajar dari Universiti Putra Malaysia yang maut selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya di Kilometer 224 Lebuhraya Plus arah ke Kuala Lumpur susur Pedas Linggi ketika dalam perjalanan dari Kluang, Johor ke kampus bagi menyiapkan tugasan tahun akhir.

Apa yang menyayat hati, arwah sempat memuat turun di IG storinya beberapa jam sebelum kemalangan bahawa dirinya sudah dua kali berhenti dan tertidur di tepi lebuhraya akibat terlalu mengantuk (microsleep).

Apa itu Microsleep?

Microsleep adalah perlakuan seperti tidur atau nap yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong. Ianya adalah perasaan untuk terlelap secara tiba-tiba selama beberapa saat. Segala deria penglihatan mahupun pendengaran yang ada pada korang jugak akan ‘shut down ‘ secara automatik dalam tempoh 2 hingga 30 saat.

Ianya seperti dimana korang sedang memandu kereta atau motor dan tiba-tiba korang akan rasa nak terlelap kejap. Tau-tau je bila korang tersedar, korang dah sikit lagi nak langgar kenderaan kat depan. Mesti korang pernah rasa benda ni.

Microsleep Terjadi Sebab?

Microsleep terjadi disebabkan oleh kepenatan tetapi masih lagi mahu terus berjaga. Ianya akan terjadi apabila seseorang itu memandu secara jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Microsleep juga terjadi apabila seseorang melakukan aktiviti berbentuk monotonous seperti memandu di jalan yang lurus.

Microsleep juga boleh terjadi kepada mereka yang kurang tidur, depress atau secara psikologinya penat. Jika seseorang itu tidak mendapat waktu rehat dan tidur yang cukup, chances untuk mendapat Microsleep adalah tinggi. Terutama sekali apabila kita memasuki fasa musim perayaan ini, sudah tentunya ramai yang akan memandu untuk pulang ke kampung.

Simptom

Gejala microsleep agak sukar untuk dikenal pasti kerana anda mungkin sudah tertidur untuk menyedarinya. Namun antara simptomnya adalah seperti:

  • Lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat.
  • Pandangan kosong, fikiran menerawang jauh.
  • Terjatuh sesuatu yang dipegang.
  • Kepala terlentuk.
  • Mata lambat berkedip.
  • Terkejut atau tersentak secara tiba-tiba (body jerk).
  • Sukar untuk mengingati apa yang berlaku 1 atau 2 minit lepas.

Masalah ini juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.

Tanda amaran

Terdapat beberapa perkara yang anda lakukan ketika anda bakal menghadapi masalah microsleep adalah:

  • Tidak mampu atau terlalu sukar untuk memastikan mata sentiasa terbuka.
  • Menguap berlebihan atau kerap.
  • Tersentak secara tiba-tiba.
  • Mata berkelip lebih kerap dari biasa.

Tanda amaran ketika memandu:

  • Memandu keluar dari laluan atau lorong tanpa anda sedari dan secara berbahaya.
  • Berulang kali menguap.
  • Terlepas jalan keluar.
  • Kelopak mata memberat.

Langkah pencegahan

Cara yang paling berkesan untuk mencegah microsleep adalah dengan memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang disyorkan untuk individu dewasa adalah antara 7 hingga 9 jam.

Lakukan beberapa perubahan dalam rutin harian juga dapat membantu memperbaiki kualiti tidur, seperti:

  • Elakkan pengambilan kafein dan alkohol terutama jika anda sudah letih.
  • Padam dan tutup lampu, televisyen, atau radio.
  • Hindari sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan.
  • Kekal suhu bilik pada tahap yang selesa.

Jika anda terlalu mengantuk pada waktu siang, berikan diri anda masa untuk tidur, pastikan ia tidak lebih 20 minit, biasanya dikenali sebagai tidur tengahari (power nap). Ia dapat membantu menjadikan diri anda lebih segar.

Elakkan tidur melebihi 30 minit melainkan anda merancang untuk berjaga pada waktu malam. Tidur pada waktu petang yang melebihi 30 minit akan membuatkan diri anda berasa lebih mengantuk dan lesu.

Sumber : Hello Doktor

Terkini | Popular