“Cincin Dari Kekasih, Belum Rancang Tunang”

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baru-baru ini, perkongsian gambar sebentuk cincin oleh Nelydia Senrose mencetuskan spekulasi dikalangan peminat yang menyangka pelakon cantik itu bakal berkahwin.

Nampaknya kisah cinta pelakon itu bukan lagi rahsia apabila Nelydia Senrose mengakui dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz.

Namun gambar cincin tersebut hanyalah pemberian dari kekasih dan Nelydia turut menafikan dakwaan bahawa dirinya sudah bertunang.

 

“Cincin itu memang pemberian dia tetapi saya tidak bertunang mahupun dirisik lagi. Buat masa ini hubungan kami masih lagi baru, doakan yang baik-baik,” katanya kepada Utusan Online.

Tambah Nelydia lagi, dia kini masih sibuk dengan kerjaya dan dia akan kongsikan berita gembira tersebut jika sudah sampai masanya.

“Dalam mana-mana hubungan juga memang saya harapkan akan berakhir dengan perkahwinan. Sebab itu belajar daripada pengalaman saya tidak mahu terlalu bercerita mengenainya,” ujarnya.

Sumber: Rotikaya