Cintai Alam Sekitar

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Wahai adikku dengarlah kakak berpesan,
Kelak dirimu jadikan panduan,
Cintailah keindahan jagalah kebersihan,
Persekitaran indah tiada pencemaran.

Wahai adikku dengarlah tuan,
Bumi ini amanah Tuhan,
Jangan suka membuat kerosakan,
Nyawa terancam menganggu kesihatan.

Kempen kebersihan bersama dihayati,
Udara nyaman pasti dinikmati,
Sihat badan wajah berseri,
Negara aman hidup harmoni.

Jadilah warga bertimbang rasa,
Kepada alam membuat jasa,
Tanah dan tumbuhan dipelihara,
Kerosakan tiada bumi sejahtera.

Tanah, udara dan lautan,
Allah kurnia pelbagai kegunaan,
Mesti dihayati penuh kesyukuran,
Pasti dilimpahi pelbagai kurniaan.

Jerebu berleluasa melanda negara,
Kebakaran dan kilang punca angkara,
Lapisan ozon semakin derita,
Tanamkan kesedaran atasi segera.