KE UDARA

HOW I WILL KNOW

WHITNEY HOUSTON
SEGMEN TERKINI

MANIS SOKMO

10am - 3pm

Coronavirus: Yang Baharu dan Anda Perlu Tahu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

 

Oleh: Naema Rashid

2020 membuka tirai dengan dunia menyaksikan sebuah wabak baru merebak ke seluruh dunia yang bermula dari Wilayah Wuhan di China. China menunjukkan kadar kes yang tertinggi iaitu sebanyak  6052 yang melibatkan lebih 130 kematian. Virus ini juga telah merebak sehingga ke Malaysia dengan menunjukkan sebanyak 7 kes setakat 29  Januari 2020 dan beberapa buah negara yang lain seperti Singapura, Thailand, United States dan Jepun.

APA ITU NOVEL CORONAVIRUS?

Novel Coronavirus atau singkatannya (2019-nCoV) ialah strain baru dalam Coronavirus  yang belum pernah dikesan dalam kalangan manusia. Coronavirus ini boleh menyebabkan demam selesema dan lebih buruk  Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV).

GEJALA NOVEL CORONAVIRUS:

Antara simptom anda dijangkiti virus ini ialah:

  • DEMAM melebihi 38/C lebih dari 3 hari
  • BATUK yang teruk
  • Pneumonia dan kesukaran untuk bernafas
  • Radang paru-paru

 

Sumber: Facebook Portal MyHealth KKM

 LANGKAH PENCEGAHAN:

Virus ini boleh dielakkan dengan beberapa kaedah iaitu selalu

  • MENCUCI TANGAN dengan air dan sabun.
  • ELAKKAN berada di kawasan orang ramai dan tertutup.
  • MEMAKAI topeng muka jika berada di khalayak ramai.
  • Sentiasa MEMBAWA pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan ketika perlu.
  • ELAKKAN bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala di atas.
  • ELAKKAN melawat ladang haiwan, menyentuh haiwan sebarang haiwan yang berkeliaran serta memakan produk haiwan secara mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.

PERINGATAN:

Jika anda mengalami gejala seperti di atas, segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Jangan cuba melarikan daripada pusat perubatan. Rawatan awal dapat mencegah virus ini menjadi lebih buruk serta dapat mengelakkan ianya dijangkiti oleh orang lain. Sayangi diri anda dan masyarkat sekeliling anda. Dapatkan maklumat tentang NOVEL CORONAVIRUS dari sumber yang sah, seperti laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia dan Portal myhealthkkm di media sosial. Jangan hanya baca dan sebar, pastikan anda menyebarkan maklumat yang sahih kepada orang ramai.

https://www.facebook.com/myhealthkkm/videos/884970401920208/

Sumber: Facebook Portal MyHealth KKM

Terkini | Popular