COVID-19: 1,894 Kes Baharu, Lapan Kematian Dicatat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – ANGKA kematian akibat COVID-19 mencatat kenaikan kepada lapan kes pada Isnin, berbanding hanya satu yang dilaporkan pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,754 kes.

Daripada lapan kematian, satu melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, 1,888 kes jangkitan tempatan baharu dilaporkan dengan enam kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu sebanyak 1,894.

Manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 28,093.

Sejumlah 26,894 individu atau 95.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 15 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Seramai 1,150 pesakit dirawat di hospital dengan 34 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Sumber: AWANI