COVID-19: 2,093 Kes Baharu, Tiga Kematian Dilaporkan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga kematian baharu dilaporkan akibat COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah sebanyak 35,735 kes.

Sementara itu, terdapat pertambahan 2,093 kes baharu dengan kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 25,952. 

Tambahan pula, sebanyak 96.1 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala hanya 15 individu ditempatkan di PKRC. Seramai 985 pesakit pula sedang dirawat di hospital dengan 23 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Sumber: AWANI