SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

COVID-19 : Langkah Drastik Jejaki Kontak Rapat Berjaya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Langkah drastik yang diambil kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) bagi membendung penularan wabak COVID-19 daripada terus merebak dalam kalangan masyarakat berjaya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan, dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, persiapan rapi telah dibuat sebagai persediaan sebelum menghadapi gelombang kedua dan ketiga penularan wabak ini.

Alhamdulillah, setakat ini kelengkapan cukup di hospital dan pusat kuarantin selain kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ada terdiri daripada mereka yang berpengalaman untuk menjejaki kontak rapat kes positif COVID-19.

Mengulas lanjut, Dr. Alias berkata, antara kluster baru wujud di Terengganu ialah mereka yang pulang daripada Sabah baru-baru ini.

“Alhamdulillah pihak KKM terus dapat menjejaki kontak rapat kes positif ini sekaligus mengasingkan mereka di pusat kuarantin untuk peringkat permulaan. Dari segi kawalan kes, insya-Allah kita mampu menguruskannya dengan baik, jika kerjasama daripada semua pihak berperanan dengan membudayakan norma baharu dalam kehidupan seharian,” ujarnya.

Untuk rekod, Terengganu tidak merekodkan sebarang kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh tiga hari berturut-turut.

Sumber : TRDI News

Terkini | Popular