SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Covid-19: Varian South African mula dikesan di Kelantan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kota Bharu: Sebanyak 10 kes varian South African B.1.351 dikesan di Kelantan sehingga malam tadi dari Kluster Bunut Sarang Burung.

Jabatan Kesihatan Negeri menerusi Facebook, memaklumkan, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes tempatan Covid-19 varian South African B.1.351 adalah sebanyak 48 kes termasuk di Selangor dan Perak

“Buat pertama kalinya sehingga hari ini, varian South African B.1.351 mula dikesan di Kelantan dari Kluster Bunut Sarang Burung,” katanya, malam tadi.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengesan kewujudan varian baharu di negara ini iaitu South African B.1.351 menerusi empat kes penularan tempatan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata, varian South African B.1.351 itu pertama kali dilaporkan di dunia pada Disember lalu di dua negara iaitu United Kingdom dan Afrika Selatan.

Katanya, di Malaysia varian itu mula dikenal pasti pada Mac lalu dan ia mempunyai kaitan lokasi geografi dan berhubung rapat dengan Kluster Jalan Lima seperti yang ditunjukkan dalam analisis filogenetik.

Sumber: My Metro