Datuk Adi Putra akhirnya umum status warganegara sebenar

Facebook
Twitter
Google+

Pelakon kelahiran Singapura, Datuk Adi Putra mengesahkan bahawa dirinya kini sebagai seorang warga negara Malaysia.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG), Adi Putra mengakui sekarang merupakan masa yang sesuai untuk dia mengumumkan mengenai perkara itu kepada umum.

“Ramai yang mempersoalkan tentang kerakyatan saya, memang benar dilahir di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia.

“Isteri saya, Datin Hajah @adyaidayusof kelahiran Malaysia, anak-anak warga Malaysia, saya menjadi warga Malaysia dah lama tapi sudah tiba masa saya umumkan status warganegara saya ialah Malaysia.

“Apa yang tertulis tadi diketepikan dahulu, yang penting sekarang tinggal 10 hari untuk mengundi, tidak kira parti mana, warna apa, sokong ataupun tidak, suka atau tak suka, itu hak masing-masing.

“Mahupun saya dibenci, saya terima, asal Allah tak membenci saya. Sekurang-kurangnya semua Petronas di Malaysia sediakan surau untuk Solat sekiranya terlambat ke masjid, surau dan rumah. Janji dapat solat,” tulisnya.

Sumber: Astro Awani

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008