SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Derita 35 Tahun Menanti Bekalan Air Bersih Bakal Berakhir

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

HULU TERENGGANU, 14 OKTOBER – Kesukaran lima keluarga di Kampung Jerlan, Ajil dekat sini, bagi mendapatkan bekalan air bersih bakal berakhir  tidak lama lagi selepas projek penyaluran kemudahan itu sedang giat dijalankan selepas permohonan diluluskan Kementerian Kemajuan Pembangunan Luar Bandar (KPLB).


Wakil penduduk, Che Nawang Abdullah, 62, berkata, selama bertahun-tahun mereka terpaksa mengangkut air dari sebuah perigi yang dibina untuk  kegunaan harian.

“Kami hanya bergantung pada air perigi, selain air hujan untuk memasak yang terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya untuk rutin harian. Mujur ada air perigi berdekatan rumah dan tidak kering walaupun kemarau panjang.

“Air itulah kami anak beranak guna setiap hari. Namun, pada waktu malam kami bimbang haiwan berbisa seperti ular berada di kawasan itu kerana ia terletak di pinggir tebing dan kawasan semak,” katanya  selepas lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri ( AJIL ), Maliaman Kassim ke rumahnya, hari ini.

Menurutnya, kemudahan itu memberikan manfaat cukup besar buat lima keluarga yang sudah lama mengimpikan bekalan air bersih.

“Selepas ini , tidak perlu lagi bersengkang mata atau ‘bermandi’ peluh mendapatkan bekalan air untuk kehidupan harian.

“Saya harap meter yang akan dipasang di kawasan rumah kami nanti dapat berfungsi  dan dapat menyalurkan bekalan air bersih untuk kegunaan kami,” katanya yang bekerja sendiri.



Seorang lagi penduduk, Mizi Mat Rashid, 44, berkata walaupun sudah biasa menggunakan air perigi untuk kegunaan harian, dia berharap masalah itu diselesaikan kerana mengambil kira kebersihan air digunakan mereka sekeluarga.

“Air perigi yang digunakan untuk memasak dan minum kadang-kadang dibimbangi tahap kebersihannya, selain kami juga turut menggunakan air hujan sekiranya bekalan air perigi habis,” jelasnya.

Dalam pada itu,Ketua Teknikal SATU Hulu Terengganu Izul Badri Muhamad berkata, bekalan air yang disalurkan kepada penduduk di sini melibatkan kos kira kira RM250,000. 

Menurutnya, kemudahan itu memberikan manfaat cukup besar buat seluruh penduduk kampung yang sudah lama mengimpikan bekalan air bersih.

Sumber: TRDI News