KE UDARA

Sayap Terluka

Panji
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Diarah Patah Balik Dan Dikenakan Kompaun – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Individu yang masih berdegil dengan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri bukan sahaja akan diarah berpatah balik, malah dikompaun serta-merta. Keputusan itu diumum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hasil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan bahawa pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sama sekali. Polis tidak akan benarkan. Kita tidak membuka ruang rentas negeri lagi. ‘No more’.

“Kedua, sampai hari ini, apabila setiap hari sekatan jalan raya, ribuan kenderaan hendak balik kampung telah diarahkan supaya patah balik.

“Mulai hari ini, kita telah setuju supaya mereka bukan sahaja diarah patah balik, tetapi dikompaun di tempat sekatan jalan raya tersebut,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat tersebut di sini pada Khamis.

Sumber : Awani

Terkini | Popular