SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Doktor di Tunisia mainkan biola untuk hiburkan pesakit Covid-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Dr. Muhamad Salah Salia bermain biolin di wad pesakit Covid-19.

Semasa Dr. Mohamed Salah Siala mula bekerja sebagai petugas barisan hadapan COVID-19 di salah sebuah hospital Tunisia, dia tidak pernah menyangka kemahiran muziknya akan dimanfaatkan dalam memerangi virus covid-19 ini.

Namun setelah pemain biola berusia 25 tahun ini bertindak untuk memainkan biolanya di Hospital Hedi Chaker di kota Sfax, beliau mendapat pujian kerana alunan biolanya itu memberi semangat buat pesakit penghidap virus yang menyebabkan mereka terkurung dan memerlukan kegembiraan.

Setelah biola dimainkan, para pesakit memberi respons dengan segera, mereka tersenyum, bertepuk tangan dengan tangan mereka seakan meraikan “konsert” yang disediakan khas buat mereka.

Terdapat pesakit yang terkejut dan tidak menyangka apabila mengetahui bahawa pemain biola itu adalah doktor yang sedang bertugas.

“Alunan muzik di sini menghadirkan perasaan gembira buat pesakit dan pesakit dapat melupakan kesakitannya,” kata salah seorang pesakit bernama Rachid Arous, yang sedang pulih dari COVID-19.

“Ini adalah suatu yang sangat indah.” Pada waktu rehat, sebagai petugas perubatan, Siala memainkan biola dengan penuh semangat bersama ahli kumpulan yang dinamakan sebagai “Pepper Band.”

“Tujuan saya menggunakan muzik untuk membantu merawat pesakit korona (virus) yang berada dalam keadaan psikologi yang buruk, menderita kesepian – yang merupakan musuh pertama mereka,” kata Siala kepada The Associated Press (AP).

Dr Siala kerap bermain biola di hospital, terutama ketika dia mempunyai masa rehat. Beliau akan berjalan di koridor dengan biola. Muzik Siala bukan hanya membantu para pesakit tetapi juga pekerja kesihatan. Mereka mengalami tekanan dalam beberapa bulan terakhir kerana peningkatan jumlah pesakit ke hospital disebabkan jangkitan virus yang meningkat. Namun, melalui biola masih ada banyak lagi harapan kepada negara Afrika Utara.

Tunisia menunjukkan tanda-tanda bahawa virus tersebut sedang menurun. Dalam beberapa hari kebelakangan ini, ia mencatat salah satu kadar jangkitan baru terendah dalam beberapa minggu.

Menurut pihak kementerian kesihatan Tunisia, jangkitan di Tunisia semakin berkurangan. Jumlah kematian menurun kepada 35 orang, dari purata 70 orang setiap hari – dan jumlah tertinggi ialah berlaku 103 kematian pada bulan lepas.

Jumlah terkini seramai 1,264 rakyat Tunisia dimasukkan ke hospital – termasuk 287 orang dalam rawatan intensif. Negara ini juga dijangka akan mendapatkan vaksin Pfizer-BioNTech pertama mereka pada bulan ini.

“Dia bermain untuk menghiburkan kita hampir setiap hari. Saya berdoa kepada Tuhan untuk melindunginya, dan saya berharap Tuhan melindungi anda semua dari penyakit ini,” kata Brika Sdiri, bertepuk tangan dan tersenyum sambil mendengarkan musik. “Harapan saya agar saya dapat keluar dari tempat ini dalam keadaan sihat”