Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Rawat Bayi Demam Tanpa Ubat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Seperti ibu bapa yang lain, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar akui turut bimbang setiap kali bayinya jatuh sakit.

Terbaharu, Sheikh Muszaphar memberitahu salah seorang anak kembarnya iaitu Adam telah demam dan selesema, sementara seorang lagi Noah sihat seperti biasa.

Menurut Sheikh Muszaphar yang juga merupakan seorang doktor bedah ortopedik itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, beliau tidak tahu dari mana penyakit itu dijangkiti.

Sheikh Muszapahar turut berkongsi tip yang dilakukan untuk merawat bayinya yang baru berusia enam bulan itu tanpa sebarang pengambilan ubat.

Berikut merupakan tip yang diamalkan:

1.Tanggalkan baju bayi
“Dengan suhu yang tinggi iaitu 38 hingga 39 darjah selsius, anda perlu tanggalkan baju bayi dan hanya memakaikannya dengan lampin sahaja,”

2. Tuala basah
“Letakkan tuala basah ke atas badan mereka untuk menurunkan suhu mereka,”

3. Guna ‘koolfever’
“Biasanya saya akan menggunakan ‘koolfever’ ke atas badannya sepanjang malam,”

4. Demam campak atau ‘chickenpox’
“Dalam masa yang sama perhatikan jika ada sebarang ruam atau tanda merah yang naik ke atas badan bayi anda. Biasanya ruam demam campak atau ‘chickenpox’ akan keluar selepas masa lima hari demam panas.

5. Asingkan dengan adik-beradik lain
“Ibu bapa perlu bersabar ketika merawat anak yang sakit dan cuba asingkan bayi yang demam dengan adik beradik lain,”

6. Teruskan susuan ibu
“Ibu perlu terus menyusukan bayi yang demam,”

Sheikh Muszaphar memberitahu selepas mengamalkan kaedah tersebut selama tiga hari, anaknya pulih dari demam tanpa mengambil sebarang ubatan.

Sumber: Astro Gempak