‘Drawbridge’ Mula Ditutup Hari Ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Oleh Najmi Mamat

Kuala Terengganu, 17 Jun 2019: Bermula 2 Jun lalu, jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus  dimuara Sungai Terengganu dibuka kepada orang awam bagi tempoh percubaan dan telah berakhir tepat jam 12 tengah malam tadi (17 Jun 2019).

Memetik laporan agensi berita Bernama, orang ramai tidak dibenarkan melalui jambatan itu bermula hari ini sehingga tarikh pembukaan secara rasmi diumumkan.

Penutupan itu bertujuan untuk memberi peluang kerja-kerja akhir seperti proses menyiapkan jambatan sepenuhnya dan kerja penambahbaikan kelemahan elemen infrastruktur yang ada.

Sepanjang tempoh penutupan jambatan itu, TI Properties Sdn Bhd (TI) yang juga merupakan anak syarikat Terengganu Inc, dikatakan akan melatih pekerja mekanikal dan sivil untuk mengendalikan jambatan berkenaan.

                   Tempoh percubaan yang bermula pada 2 Jun sehingga hari ini (17 Jun)

Menerusi portal berita Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh turut mengulas lanjut berkenaaan dengan kerja akhir jambatan itu. Jelasnya, ia termasuk kerja pemasangan jubin lantai dan penambahbaikan palang penghadang untuk pejalan kaki.

Terdahulu, Menteri Besar Terengganu Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, dalam kenyataan berkata setelah tamat pengujian sistem pada 17 Jun 2019, jambatan ini akan ditutup semula kepada laluan trafik bagi pentauliahan komponen lain di dalam projek ini.

 

Sumber: Bernama, Harian Metro

Foto Bernama