SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

Dua Adik-Beradik Warga Palestin Genap 30 Tahun Dipenjara di Penjara Israel

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Foto sekadar Hiasan – The Times of Israel

RAMALLAH, 13 Rejab 1442 H, Khamis – Dua adik beradik kandung warga Palestin iaitu Ibrahim dan Mohammad Ighbariya, akan memulakan tahun ke-30 mereka ditahan dalam penjara Israel pada hari Jumaat (26 Januari 2021), menurut Persatuan Tawanan Palestin (PPS).

Berdasarkan dalam satu kenyataan media, adik-beradik kandung Ighbariya, yang merupakan warga Palestin dari Israel, telah ditahan di penjara Israel sejak 26 Februari 1992. Mereka ditahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Kedua-dua tahanan veteran itu adalah antara 30 tahanan yang pihak berkuasa pendudukan Israel mengingkari janji untuk membebaskan mereka sebagai sebahagian daripada kumpulan tahanan keempat yang seharusnya dibebaskan oleh Israel pada bulan Mac 2014 dalam perjanjian yang dilakukan oleh AS.

Sepanjang dalam tahanan Ibrahim, 55 telah memperoleh ijazah MA dan menyusun empat buah buku ketika berada di tahanan Israel. Manakal, abangnya, Mohammad, 52, juga telah memperoleh ijazah MA dan menulis sebuah buku dalam tahanan.- Agensi