Dua Inspektor, Seorang Koperal Polis Ditahan Berkait Kes Rasuah OCPD

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang hari ini menahan dua inspektor dan seorang koperal polis bagi membantu siasatan kes rasuah.

Dalam kenyataan, SPRM memaklumkan yang turut ditahan ialah orang awam berkait kes Ketua Polis Daerah (OCPD) di negeri ini.

Pegawai kanan polis berkenaan disyaki menerima suapan secara bulanan antara RM20,000 hingga RM50,000 pada 2017 hingga 2022, yang keseluruhannya dianggar lebih RM1 juta.

“Bayaran rasuah ini disyaki bagi melindungi pusat hiburan dan pusat urut daripada sebarang penguatkuasaan yang boleh mengganggu perniagaan,” katanya.

Dalam tangkapan lain, SPRM mengesahkan dua penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berusia 41 dan 49 tahun juga ditahan hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik pusat urut sekitar Pahang.

“Ia bagi mempercepatkan proses pembaharuan permit pekerja warga asing,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

– BERITA HARIAN