SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Elak Kesan Kekuningan Pada Baju Putih Dengan 3 Tips Ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Mesti sedih kan bila anda dah cuci pakaian dalam mesin basuh, dan tiba-tiba ternampak kesan kekuningan misteri pada pakaian yang dah dicuci. Kesan kekuningan ni biasanya berwarna kecoklatan. Kenapa ya?

Ada banyak punca yang menyebabkan kesan kekuningan pada baju putih. Antaranya kerosakan pada mesin basuh, bahan pewarna luntur, tersalah tetapan mesin basuh, bekas serbuk pencuci pakaian tersumbat, atau paip air yang berkarat.

Ikuti tips berkesan ni untuk elakkan kesan kekuningan pada baju putih:

#1 Gantikan penggunaan peluntur dengan baking soda, cuka atau lemon

Penggunaan peluntur yang terlalu kerap boleh menyebabkan baju putih bertukar kepada kekuningan. Sebaiknya, gantikan peluntur dengan penggunaan baking soda, lemon atau cuka ke bersama-sama serbuk pencuci agar baju putih bersih dan tahan lebih lama.

#2 Campurkan serbuk penaik dengan serbuk pencuci

Kalau nak pakaian nampak lebih putih dan bersih, cuba campurkan satu cawan serbuk penaik bersama serbuk pencuci.

#3 Segera cuci pakaian putih

Setiap kali selepas pakai pakaian putih, segera rendam pakaian supaya kesan kekuningan seperti deodoran tidak melekat. Anda juga boleh meletakkan ubat gigi dan gosok kawasan terlibat sehingga kekuningan hilang.

Apa lagi, anda boleh cuba nanti dan ucapkan selamat tinggal kesan kekuningan!!

Terkini | Popular