Enam anak berjaya hafaz 30 juzuk al-Quran, ibu dedah rahsia didik cahaya mata.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sebagai seorang ibu yang tidak kenal erti penat lelah bagi membesarkan cahaya mata, mereka pasti berasa bangga apabila anak-anaknya itu mencapai satu kejayaan dalam hidup mereka.

Begitu juga kisah mengenai seorang ibu, Nor Latifah Abdul Rahman apabila enam anaknya berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Ibu kepada lapan orang anak ini turut berkongsi kepada orang ramai tentang amalan dan tips yang sering diamalkan sehingga anaknya berjaya menghafaz al-Quran.

Jaga makan minum anak2 agar daya ingatan kekal kuat

“Saya akan pastikan mereka ambil susu kambing dan madu. Badam pun baik untuk daya ingatan anak-anak.

“Saya juga akan pastikan mereka makan makanan yang saya masak. Kalau pergi mana-mana, memang saya bawak dari rumah,” ujarnya.

Perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran sejak mereka dalam kandungan

Anaknya, Engku Sofiah Engku Saharuumnizam, 14 tahun, telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang sempena Hafkah Takrimi Akademi Al-Quran Amalillah buat kali pertama.

Lima anaknya yang lain iaitu Solehah Radhiah, Engku Mahmud Nasri, Engku Muhammad Luthfi Engku Ahmad Syafiq dan Engku Daud Shauqi turut mencapai kejayaan sama.

Menurut Latifah, dia dan suaminya yang merupakan seorang pesara, Engku Saharuumnizam yang berusia 57 tahun tidak kisah berbelanja besar demi pendidikan anak-anak mereka.

“Disebabkan memilih hantar anak-anak ke pusat pengajian swasta, secara kasar, belanja sekolah kelima-lima mereka dalam RM 3,000 setiap bulan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian