Fara Hezel mengaku Erry Putra kekasihnya

Facebook
Twitter
Google+

Penyanyi Fara Hezel mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi Erry Putra.

Fara atau nama sebenarnya Nurfaraazira Yusri, 22, berkata dia dan Erry mula berkenalan menerusi Instagram sejak lima bulan lalu.

“Memang saya dan Erry sedang bercinta. Kami kenal dah lima bulan melalui Instagram.

“Buat masa ini, masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” kata Fara kepada mStar Online.

Fara diminta mengulas foto dia dan Erry dimuat naik peminat yang gembira melihat mereka bersama.

Tambah Fara lagi, dia belum memikirkan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.

Menurut kakak kepada penyanyi Aiman Tino, keluarganya tidak pernah masuk campur tentang hubungannya.

“Saya tak terfikir lagi soal kahwin atau nak bawa hubungan ini ke peringkat yang serius.

“Sebab masih baru lagi dan saya pun belum cukup kenal lagi Erry. Begitu juga dengannya.

“Aiman dan ibu bapa saya tak masuk campur sangat tentang hubungan ini tapi mereka tahu,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Setiaku Pasti ini berhasrat melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang komunikasi pada tahun hadapan selepas menamatkan diplomanya tahun lalu.

“Saya masih menunggu majlis konvokesyen pada bulan Oktober depan. Insya-Allah tahun depan ada perancangan nak sambung belajar.

“Mungkin selepas ini saya nak sambung dalam jurusan komunikasi pula atau teruskan je bidang perniagaan,” katanya.

Fara telah menamatkan pelajaran adalam jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak pada tahun lalu.

Sumber: Mstar

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008