Festival Kraf Pantai Timur (FKPT) 2025 terima lebih 20 ribu pengujung pada hari pertama Festival

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Festival Kraf Pantai Timur (FKPT) 2025 anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sekali lagi diadakan untuk para peminat seni kraftangan tahun ini.

Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang, Juhari Azmi berkata , festival yang berlangsung bermula 22 Mei hingga 3 Jun itu diadakan bagi mempergiatkan ekonomi pengusaha seni kraf terutamanya pengusaha tekstil seperti batik dan tenunan, pengusaha seni kreatif kayu, anyaman dan pelbagai lagi produk kraf.

Tambahnya, Festival yang berlangsung di East Coast Mall, Kuantan ini juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripda kehadiran pengunjung.

“Itulah membuatkan Kraftangan Malaysia menyediakan platformusahawan-usahawan kraf untuk menjual prduk kraf mereka secara fizikal, itu tujuan utama kita”, beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada FKPT 2025 yang berlangsung di East Coast Mall (ECM), Kuantan pada Ahad.

Menurut beliau lagi, pada hari pertama penganjuran festival telah berjaya mencatatkan seramai lebih 20 ribu pengunjung memenuhi ruangan tapak pameran fesrival tersebut.

Seramai 76 usahawan dari seluruh Malaysia terlibat dalam Festival Kraf Pantai Timur kali ini termasuk Sabah dan Sarawak yang membawa produk-produk Mutiara daripada Sabah untuk peminat-peminat seni berasaskan perhiasan Mutiara.

Beliau turut berharap masyarakat di seluruh Malaysia boleh datang ke Festival ini sementara masih berbaki beberapa hari lagi bagi menyaksikan sendiri produk-produk seni kraftangan yang baharu dipamerkan oleh usahawan-usahawan di sini.

– UNIT BERITA MANIS FM