SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Golongan Yahudi terus memasuki Masjid Al-Aqsa sempena menyambut Perayaan Sukkot

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Kaum Yahudi mengibarkan bendera Israel semasa lawatan provokatif ke perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Golongan Yahudi yang sedang menyambut perayaan Hari Sukkot terus melakukan pencerobohan mereka dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa di bandar lama Jerusalem sekaligus menyebabkan warga Palestin nekad memberi amaran akan akibat buruk yang boleh berlaku sekiranya Israel terus berusaha mengubah status quo di tempat suci umat Islam, lapor Wafa News.

Pihak autoriti Palestin iaitu Kementerian Hal Ehwal Jerusalem dalam satu kenyataan menyatakan bahawa “Apa yang berlaku di Al-Aqsa adalah pencabulan berat dan serius dan usaha untuk mewujudkan fait baru untuk mengubah status quo agama dan sejarah yang ada di sana sebelum penjajahan Israel pada tahun 1967. “

“Pihak kumpulan pelampau sengaja memanfaatkan hari perayaan Yahudi untuk menceroboh Masjid (Al-Aqsa) dengan memakai kostum keagamaan mereka, berusaha melakukan ritual, berbaring di tanah, dan memprovokasi perasaan umat Islam di masjid, di Jerusalem, dan di seluruh dunia. ” tambahnya lagi.

Ratusan warga Yahudi berpusu-pusu ke Masjid Al-Aqsa selama tempoh perayaan Sukkot selama seminggu. Mereka dibenarkan masuk ke perkarangan berdinding secara berkumpulan dan dikawal oleh polis Israel yang memandu mereka melalui lawatan ke tempat suci itu sehingga mereka meninggalkan kawasan itu sambil menghalang orang-orang Islam Palestin daripada mengganggu lawatan tersebut.

Kumpulan pelampau tersebut bertindak melakukan ritual semasa lawatan dan cuba untuk mempengaruhi orang lain agar menukar kawasan Muslim sebagai pusat penyembahan mereka.

Mereka juga turut menyeru untuk memusnahkan masjid serta membangunkan kuil suci mereka di tempat tersebut.

Kementerian Hal Ehwal Jerusalem memberi amaran bahawa tindakan tersebut akan memberi banyak impak buruk.

Sumber: Wafa News