Hari Ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Hari ini hari gembira,
Peristiwa indah terlihat mesra.

Hari ini hari bahagia,
Melihat dia bersuka ria.

Hari ini hari mulia,
Memandang wajahnya penuh ceria.

Hari ini hari berduka,
Bersama dengan dia suka.

Cinta bertaut di dalam hati,
Diri ini sedang menanti.

Kasih diberi sebagai tanda,
Cinta berputik tak pernah ada.

Kasih diberi kerana sayang,
Walaupun dirimu berlaku curang.

Mengikat janji hidup bersama,
Hanyalah mimpi tak pernah lama.

Senyumanmu sungguh menawan,
Diri ini rasa tertawan.

Senyumannya sungguh terpesona,
Membuat diri rasa merana.