Hilangkan bunyi kasut dengan 8 cara mudah ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kasut berbunyi kadang-kadang membuat kita berasa tidak selesa apabila berjalan. Kami akan share kat anda macam mana nak hilangkan bunyi kasut korang itu.

1. Masukkan kasut anda didalam mesin pengering

Mungkin kasut anda sebenarnya lembap terkena air hujan atau keadaan sekeliling yang lembap. Jadi untuk mengeringkannya, anda boleh masukkan dalam mesin pengering. Tapi jangan lama sangat! Cukup dengan hanya 10 minit sahaja atau kasut anda akan mengecil! 😱

2. Taburkan dengan bedak talkum

Apabila kaki anda bergesek dengan kasut anda, kelembapan akan terperangkap menyebabkan kasut anda berbunyi. Jadi taburkan sediit bedak talkum supaya dapat menyerap kelembapan pada kasut anda. Kasut anda pasti tidak berbunyi selepas itu.

3. Lembutkan tapak kasut anda.

Perasan tak bila kita beli kasut baru, kasut itu mesti berbunyi apabila kita berjalan? Kalau macam tu, apa kata sapu kerta pasir di tapak kasut anda untuk melembutkannya.

4. Tambahkan jeli petroleum/vaseline

Insole anda boleh membuat bunyi kuat ketika ia digesek dalam kasut anda. Untuk menghilangkan bunyi itu, masukkan lapisan nipis jelly petroleum atau losyen di bawah tapak melicinkan gesekkan antara insole dan tapak bawah kasut anda lain

5. Gosok dengan kertas pengering (dryer sheet)

Apabila anda menambah insole baru, anda perasan kasut anda berbunyi? Dengan meletakkan kertas pengering pada insole baru sebelum anda memakainya, ia dapat menjadi penyangga yang dapat memberhentikan bunyi kasut anda.

6. Cuba WD-40

Rendam bola kapas dengan sedikit WD-40 atau semburan silikon, kemudian sapukannya pada lapisan luar kasut yang berbunyi. Jangan gunakan cara ini pada kasut jenis suede/kulit. Ia boleh merosakkan kasut anda.

7. Sapukan perapi kulit

Kadang-kadang tali kasut pun sebenarnya salah satu kenapa kasut anda berbunyi. Sapukan sedikit perapi kulit pada tali kasut anda di setiap lubang supaya dapat kasut anda tidak berbunyi lagi.

8. Baiki tumit yang longgar

Cuba anda periksa kasut anda sama ada tumit pada kasut anda longgar atau berlubang. Bila anda menjumpainya, gamkan dengan gam kuat dan tunggu sehingga gam itu kering atau berjumpa dengan pakar kasut untuk mencamtumkan bahagian yang berlubang.

Sumber: Rider Digest