KE UDARA

INGATLAH ALLAH

Islamik
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Ini Dia Kegunaan Pelik Kulit Timun Mesti Cuba!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jika sebelum ini kita sudah sedia maklum dengan khasiat timun yang bisa menyejukkan tubuh badan manusia, tahukah kamu terdapat pelbagai kegunaan kulit timun yang boleh dimanfaat umat manusia?

Maklum sahajalah, tidak semua orang menggemari timun. Seperti penulis sendiri, penulis sememangnya gemar menjadikan timun sebagai snek. Boleh tahan ranggup tau, lebih-lebih lagi apabila dimakan begitu sahaja sejuk-sejuk.

Jika kamu selesa, makan timun segar tanpa mengupas kulitnya pun sebenarnya selamat dan baik kerana untuk pengetahuan semua, kulit timun sebenarnya mengandungi serat yang tinggi yang berupaya membantu memulihkan masalah sembelit serta mengelakkan tubuh daripada diserang kanser kolon (barah usus besar). Selain itu, isi timun itu juga sebenarnya mengandungi vitamin terbaik seperti Vitamin K, anti-oksidan, potasium serta berkalori rendah!

Istimewa, ini kegunaan lain kulit timun yang memberi manfaat besar buat kita.

#1 Buat Jus Timun Lebih Berkhasiat

Sumber: yurtimes.com

Isi timun sahaja tidak cukup untuk buat jus timun lebih enak, jadi apa kata hiris sekali kulitnya dan campurkan bersama, barulah perisanya mengancam dan beri manfaat juga pada tubuh.

Jangan lupa basuh bersih dahulu timun sebelum menghiris dan mengupasnya.

#2 Halang Semut Bekerumun Di Rumah

Kandungan alkanoid dalam kulit timun sememangnya berkesan untuk menjadi racun penghindar semut. Cuba cari punca kemasukan semut di kawasan sekitar rumah dan mana-mana retak di dinding yang sudah didiami semut, kemudian sapukan bahagian dalam kulit timun pada bahagian-bahagian dinding yang berkenaan. Sapu juga pada bahagian lantai dan bawah pintu tempat semut selalu masuk atau lalu. Lakukan ini beberapa kali dalam sehari.

#3 Cantikan Kulit Wajah

Sumber: StreamerClips.com

Timun yang mengandungi bahan astringen mampu membersihkan wajah sehingga ke bahagian dalam selain melicinkan permukaan kulit kasar. Kupas kulit daripada dua hingga tiga biji timun, lalu kisarkannya menjadi puri. Tambahkan satu dudu besar jus lemon, serta putih telur. Jisar lagi lalu sapukan campuran puri tersebut di wajah sebagai masker selama 15 minit sebelum bilas dengan air sejuk.

#4 Hilangkan Contengan Krayon Pada Dinding

Menariknya! Kulit timun dikatakan dapat membersih bekas contengan krayon di dinding. Gunakan bahagian dalam kulit timun untuk memedam bekas contengan tersebut. Setidak-tidaknya ia bisa memudarkan warna contengan.

#5 Kilatkan Cermin 

Sumber: ittlethings.com

Cermin di dalam bilik air sering kotor dan diliputi tompok air yang menjadikan biasan kabur? Boleh gosok bahagian dalam kulit timun pada keseluruhan permukaan cermin setiap kali sebelum kamu masuk mendi. Hasilnya cermin berkilat dan bersih! Bau bilik air juga bertukar menjadi harum dan segar hasil dariapda timun tadi.

#6 Pulihkan Keadaan Mata Yang Sembab

Mata penat setelah hampir lapan (8) jam sehari menghadap komputer di pejabat? Apa kata legakan mata kamu dengan menempelkan bahagian dalam kulit timun pada keseluruhan kasawasan mata. Kesejukan kulit timun akan mengurangkan kemerahan anak mata dan kesembapan mata.

#7 Solusi Masalah Engsel Pintu Berbunyi

Bisingnya setiap kali mendengar bunyi pintu dibuka kan? Gosokan bahagian dalam kulit timun untuk menghilangkan bunyi engsel pintu yang memeritkan itu.

Petua-petua ini dikongsikan sendiri bagi mereka yang telah mencuba, selamat beramal! ❤

Sumber : Wanista.com

Terkini | Popular