SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

Insiden bas rempuh tol: Pemandu disahkan positif Covid-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PEMANDU bas ekspres yang membawa pesakit Covid-19 yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Plaza Tol UPM, Serdang pada petang Sabtu, disahkan positif virus berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pemandu bas itu disahkan positif Covid-19 selepas ujian calitan (swab) dilakukan ke atasnya.

Pemandu tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum bas yang dipandunya merempuh plaza tol berkenaan.

Bas tersebut ketika itu dalam perjalanan membawa pesakit Covid-19 daripada Kluster Changkat Jong, Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang.

“Siasatan menunjukkan bahawa kemalangan itu berlaku sekitar pukul 2 petang. Pemandu dipercayai hilang kawalan, mengakibatkan kenderaan itu merempuh sebuah pondok tol di lorong Touch ‘n Go.

“Lapan penumpang dan pemandu bas mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan,” katanya.

Sumber: mStar