SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

Israel beku cukai pendapatan Palestin

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Seorang lelaki Palestin sedang mengira wang pada 8 September 2011 [Abed Rahim Khatib / ApaImages]

Pihak berkuasa Israel akan membekukan dana sebanyak tujuh peratus atau kira-kira AS$180 juta (RM753.6 juta) daripada cukai pendapatan tahun lepas yang dikumpul oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Menurut agensi berita Wafa, keputusan Israel untuk membekukan dana itu adalah berdasarkan laporan dari Kementerian Pertahanan Israel yang menyatakan bahawa pembekuan dana sebanyak $ 180 juta adalah untuk menyekat tindakan “keganasan” yang dilakukan oleh warga Palestin dan ahli keluarga mereka.

Di bawah undang-undang 2018, Israel akan mengira setiap tahun berapa peruntukan yang diberikan oleh PA kepada kumpulan militan dan menolak jumlah itu dari cukai yang dikumpul bagi pihak Palestin.

Cukai yang diambil oleh Israel menjana kira-kira separuh daripada pendapatan PA dan ketua hal ehwal penjara di Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Qadri Abu Baker menyifatkan tindakan Zionis itu sebagai ‘kegiatan pengganas dan lanun’. Selain itu, juga, Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh turut mengecam tindakan terbaru Israel itu.

Beliau menyebutkan bahawa “tindakan ini adalah tindakan yang tidak sah serta melanggar perjanjian dan undang-undang antarabangsa”. Beliau berjanji untuk mengambil apa sahaja langkah yang diperlukan untuk tindakan bagi menangani keputusan tersebut. Tindakan Israel ini bukan tindakan kali pertama.

Israel sebelum ini percaya Pihak Berkuasa Palestin ‘membayar gaji’ setiap bulan kepada kumpulan pejuang yang didakwa sebagai militan oleh Zionis.

Sumber : Utusan & MEMO