Israel ganggu rakyat Palestin berpuasa

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sheikh Muhammad Hussein, Mufti Besar di Jerusalem dan Palestin dan pendakwah Masjid Al-Aqsa, meminta agar negara Arab dan Islam untuk campur tangan dan memeriksa tindakan melampau Israel terhadap Masjid tersebut.

Hussein dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel telah bertindak mengeluarkan pintu menara masjid, memotong wayar elektrik pembesar suara untuk mengelakkan laungan Azan, dan merampas makanan puasa Ramadan, selain mengancam akan menyerbu Masjid pada hari-hari terakhir bulan suci Ramadan, yang merupakan bulan suci bagi umat Islam.

Hussein menyatakan tindakan Israel telah memprovokasi perasaan umat Islam di seluruh dunia dan telah menimbulkan masalah baru kepada rakyat Palestin.

Mengenai ancaman untuk menyerbu Masjid Al-Aqsa pada hari-hari terakhir bulan Ramadan, Hussein menekankan bahawa “Masjid Al-Aqsa tetap tidak dapat dicerobohi bagi sesiapa yang ingin melakukan kejahatan terhadap pusat ibadat tersebut.”

Mufti Jerusalem turut menyeru negara-negara Arab, masyarakat antarabangsa dan semua institusi yang berkaitan untuk mengambil sikap tegas “pencerobohan” Israel terhadap Masjid Al-Aqsa.

Hussei meminta semua penduduk Jerusalem untuk meramaikan kehadiran mereka di Masjid Al-Aqsa bagi menahan serangan pencerobohan oleh Yahudi.