SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

Israel Tidak Menyediakan Keperluan Asas Buat Sheikh Raed Salah Yang Ditahan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Sheikh Raed Salah yang merupakan tokoh terkenal dan ketua Gerakan Islam di PIsrael pada 16 Ogos 2020 [Mostafa Alkharouf / Anadolu Agency]

Sheikh Raed Salah yang merupakan ketua gerakan Islam telah dikurung oleh pihak Israel secara sendirian sejak beliau ditahan pada bulan Ogos 2020. Namun, berdasarkan laporan peguam beliau Omar Khamaisi, keperluan asas Sheikh Raed Solah termasuk selimut, kebenaran kunjungan daripada pihak keluarga, akses kepada berita dan buku, telah dinafikan.

Dalam satu kunjungan daripada peguam beliau yang baru sahaja selesai melawat Sheikh Salah yang dikurung secara berasingan, telah menyatakan bahawa Sheikh telah dipindahkan secara berulang kali di penjara-penjara Israel. Kini beliau ditahan di penjara Raymond yang mana perjalanan jarak memakan masa selama 3 jam 30 miniy dari rumah keluarga beliau.

“Akses komunikasi Sheikh Raed dengan dunia luar telah disekat. Beliau juga dilarang menonton berita dan surat khabar Arab,” kata Khamaisi.

“Kebiasaannya pihak undang-undang Israel mengizinkan keluarga tahanan untuk memberikan satu atau dua buku kepada tahanan pada setiap kunjungan. Namun, bagi kes Sheikh pula, beliau tidak dibenarkan untuk menerima buku dari keluarganya dengan alasan yang tidak logik.”

Baca juga : Gadis Tular Kerana Kritik Islam, Kunjungi Masjid Sebagai Tanda Damai

Khamaisi juga menyatakan bahawa kliennya hanya dibenarkan berjalan-jalan selama beberapa minit sahaja di kawasan halaman penjara, yang sepenuhnya tertutup.

Pihak berkuasa penjara juga kerap menyerang sel penjara Sheikh Salah, meskipun beliau berada dalam penjara yang berasingan dan tidak dapat berhubung dengan mana-mana tahanan di penjara.

Sheikh Salah menjadi sasaran pihak berkuasa Israel kerana ketokohan dirinya serta kerana kesungguhan beliau yang begitu tekad untuk mempertahankan haknya.

Syeikh Salah ditahan oleh pasukan Israel pada bulan Ogos 2017 dan didakwa kerana menghasut berdasarkan kritikan beliau yang tidak bersetuju terhadap terhadap pengesan logam yang diletakkan di perkarangan Masjid Al-Aqsa sebagai langkah keselamatan pihak Israel.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 28 bulan oleh mahkamah Israel.