Jangan Beli Mainan Ini Untuk Anak, Boleh Bawa Maut

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sekarang ni dah banyak jenis mainan di pasaran. Kalau boleh semua mainan anak-anak inginkan. Pasti anda tahu bahawa kebanyakan mainan diimport dari negara luar yang tidak diketahui tahap keselamatan dan kandungannya.

Kalau nak tahu, mainan ‘Crystal Slime Clay’ dah jadi fenomena di China. Mainan berbentuk lendir berwarna warni ini pasti menarik minat kanak-kanak. Mainan ini juga mungkin sudah mula dijual di Malaysia.

Awas! lendir ini disahkan mengandungi toksik Sodium Tetraborate yang turut dikenali sebagai Borax. Jika tertelan, ia bukan saja menyebabkan keracunan malah boleh mengundang maut.

Borax adalah mineral boron dan garam yang diperoleh dari dalam tanah. Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Thailand telah mengharamkan Borax sebagai bahan tambahan dalam makanan.

Sekiranya Borax memasuki tubuh seseorang itu dalam itu dalam kuantiti yang banyak ia mampu meracuni organ badan anda.

1 hingga 3 gram Borax sudah memadai untuk meracuni orang dewasa. Jika kuantitinya lebih 15 gram ia boleh mengundang maut. Bagi kanak-kanak pula 3 gram sudah cukup untuk meragut nyawa mereka.

Betapa mudahnya ‘racun’ tersebar

Menurut laporan China Press lendir ini dijual secara terbuka di China tanpa nama syarikat pengeluar dan pensijilan kualiti tertera pada labelnya. Ia dibuat mengunakan sebatian Borax, gam pewarna dan beberapa bahan lain. Ini menjadikan ia menarik pada pandangan kanak-kanak.

Ia juga boleh ditempah secara dalam talian dengan harga yang murah. Sekaligus menjadikan ‘racun’ ini berpotensi untuk merebak ke luar China termasuk Malaysia.

Memang seronok main mainan ni. Banyak dah jual di Malaysia. Harap semua ibu bapa lebih berhati-hati. Malang tidak berbau.

Sumber: Vitdaily