SEGMEN TERKINI

MANIS XPRES

3pm - 7pm

Jangan sebar maklumat palsu tentang perlaksanaan semula PKP.-Ismail Sabri

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai spekulasi pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata penyebaran maklumat di media-media sosial itu hanya akan menyebabkan perkara luar jangkaan seperti pembelian panik.

“Jangan terpengaruh dengan khabar angin di media sosial, contohnya malam tadi kononnya polis akan mengenakan sekatan jalan raya dan tidak membenarkan orang keluar rumah tetapi sebenarnya tidak berlaku seperti itu.

“Jangan bimbang, esok akan ada pengumuman…selepas pengumuman barulah kita tahu perkara yang sebenarnya, jadi jangan lebih awal daripada pengumuman kita sudah panik dengan menyerbu pasar raya dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan barangan bantuan banjir di Kem 8 Briged di sini.

Beliau berkata kerajaan sentiasa mengambil kira pelbagai aspek dalam pendekatan menangani penularan pandemik COVID-19 termasuk kesihatan dan keperluan aktiviti ekonomi.

Sementara itu, ditanya mengenai penarikan sokongan Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), Ismail Sabri berkata perkara itu akan dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Sumber : Bernama

Terkini | Popular