Jika itu punca putus, tunjuk foto ‘selfie’ Zahirah bersama jenazah ibu Zul Ariffin

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pelakon Zahirah MacWilson percaya pengakhiran hubungan cintanya dengan Zul Ariffin mempunyai hikmah tersendiri.

Zahirah berkata semua yang berlaku adalah rancangan yang sudah diatur oleh Allah SWT.

“Pasti ada sebab di sebalik setiap apa yang berlaku. Saya percaya dengan rancangan Tuhan,” ujarnya.

Zahirah menjawab pertanyaan peminat di laman sosial Instagram tentang berita hubungan cinta yang dibina bersama pelakon drama Titian Cinta berakhir.

Zul menerusi sebuah portal berita mendedahkan perpisahan terjadi lebih sebulan lalu.

Tambahnya, salah satu punca dia membuat keputusan itu disebabkan kelakuan Zahirah berswafoto (selfie) berhampiran jenazah Allahyarham ibunya dianggap tidak sopan.

Ibu Zul iaitu Allahyarham Robiah Nasir meninggal dunia pada 5 Disember 2017.

Zul berkata, perkara itu membuatkan dia tawar hati dan enggan menerima wanita itu sebagai seorang isteri.

Bagaimanapun, Zahirah yang ditanya tentang perkara berkenaan menganggap Tuhan lebih mengetahui perkara sebenar.

Katanya, dia tidak tahu motif disebalik kenyataan yang diberikan pelakon J Revolusi itu.

“Tak apa Tuhan ada, InsyaAllah. Apa pun motif disebalik kenyataan yang diberikan itu, saya teringin untuk melihat selfie tersebut”, katanya.

Sumber: Mstar