JPJ Terengganu Sita Lapan Kenderaan Mewah Tamat Cukai Jalan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU: Lamborghini, Nissan Fairlady dan Land Cruser Prado antara lapan kenderaan mewah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu sejak 1 Ogos lalu.

JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan lapan kenderaan itu ditahan dalam Operasi Khas Kenderaan Luxury Fasa 2 mulai 1 Ogos hingga semalam.

Menurut kenyataan itu, selain Lamborghini, JPJ turut menyita BMW 523i, Land Cruiser Prado, Nissan Fairlady, Lexus NX300, Mercedes Benz dan dua Toyota Vellfire atas kesalahan sama.

“Operasi Khas Kenderaan Luxury adalah operasi berfokus yang dilaksanakan JPJ seluruh negara bagi menangani pelbagai kesalahan melibatkan kenderaan mewah.

“Pada operasi fasa satu yang bermula Julai lalu, tiada sitaan dibuat oleh JPJ Terengganu. Namun kali ini kita berjaya menyita lapan kereta mewah yang melanggar peraturan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (JPJ 1987),” menurut kenyataan itu.

JPJ dalam kenyataan itu memaklumkan, selain sitaan JPJ turut mengeluarkan 22 saman dalam operasi tersebut.

“Sebanyak 13 kesalahan membabitkan lesen kenderaan memandu (LKM) tamat tempoh, tiada insurans (13 kes), lesen memandu kompeten (dua kes) dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (tiga kes),” katanya.

Sumber : BERITA HARIAN