SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Juruterbang, Penumpang Pesawat Ringan Dikompaun

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Gara-gara tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri, dua juruterbang dan dua penumpang dikompaun setelah pesawat ringan yang mereka naiki mendarat di Lapangan Terbang Kampung Tekek di Pulau Tioman, Rompin, kira-kira 147 kilometer dari Kuantan semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azari Miskon berkata, keempat-empat individu termasuk seorang wanita telah berlepas dari Lapangan Terbang Subang, Selangor dan mendarat di lapangan terbang pulau peranginan itu pada kira-kira 3 petang semalam.

Selain juruterbang persendirian itu, kapal terbang tersebut dinaiki oleh pengurus keselamatan dan pengurus pemasaran sebuah perniagaan aktiviti menyelam di sebuah resort di Kampung Juara, Pulau Tioman. Mereka didapati tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri daripada polis mahupun surat majikan atau bekerja dalam sektor keperluan asas yang merupakan keperluan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor.

Azari berkata, kompaun itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana keluar dari kawasan yang diisytiharkan PKPB tanpa kebenaran.

Beliau berkata, mereka juga bersetuju untuk pulang ke Lapangan Terbang Subang pagi esok (hari ini) kerana juruterbang persendirian itu mendakwa tidak mempunyai kebenaran menerbangkan pesawat pada waktu malam. – Bernama

Terkini | Popular