Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Terengganu Kembali Tertinggi Di Malaysia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Terengganu kembali menyaksikan peningkatan mendadak Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia dengan mencatatkan nilai 1.66.

Menurut statistik yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia turut menunjukkan kenaikan kepada 1.11 semalam daripada 1.10 pada hari sebelumnya.

Terengganu turut mengalami peningkatan jumlah kes baharu positif virus merekodkan 184 kes baharu pada hari Isnin berbanding 42 kes pada awal minggu ini.

“Jumlah kes aktif yang sedang dirawat dalam negeri adalah 404 kes dengan jumlah kumulatif kes berjumlah 4,419 kes,” sepertimana dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menerusi laman Facebook rasmi.

Sementara itu, Kelantan, Kedah, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan adalah di antara negeri dengan kadar kebolehjangkitan tinggi melebihi angka 1.0.

Statistik angka tinggi di negeri lain yang melebihi 1.0 juga direkodkan di Johor, Melaka, Perak, Putrajaya, Sarawak dan Pulau Pinang.

Untuk pengetahuan, nilai Rt merujuk kepada tahap penularan virus, iaitu berapa jumlah individu yang mampu dijangkiti oleh satu kes positif.

Contohnya, semakin rendah nilai tersebut, kemungkinan jangkitan bagi kes positif adalah berkurang.

Sumber: TRDI News