SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

Karnival Pekerjaan Elak Rakyat ‘Tanam Anggur’

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Karnival Penjana Kerjaya Terengganu yang berlangsung semalam dan berakhir hari ini berupaya mengurangkan kadar penganguran di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri,Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman memaklumkan, inisiatif itu merupakan kesinambungan usaha Kemementerian Sumber Manusia dalam memastikan kestabilan pasaran buruh negara.

Katanya, lebih 10,000 kekosongan jawatan melibatkan sekitar 80 majikan mengambil bahagian dalam program temu duga terbuka di Duyong Marina Resort.

“Berita gembira buat semua pencari kerja, di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 kali ini, mereka yang menerima tawaran kerja dalam lingkungan jarak di bawah 100 kilometer akan diberi bantuan mobiliti sebanyak RM500.

“Manakala bagi mereka yang sanggup berpindah keluar dari tempat mereka bermastautin dengan jarak 100 kilometer ke atas, layak diberikan bantuan mobiliti sebanyak RM1,000,” katanya ketika berucap dalam program terbabit semalam.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pihaknya teruja melihat kesungguhan kerajaan negeri, Perkeso dan THRDC dalam menjayakan karnival terbabit.

“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu khususnya Menteri Besar, Dato’ Seri  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Nurkhuzaini, Perkeso dan THRDC atas penganjuran program yang amat bermakna ini,” jelasnya.

Sementara itu beberapa graduan yang ditemui berkata karnival penjana kerjaya itu membuka ruang dan peluang untuk mereka mendapat pekerjaan dengan kadar segera.

Sumber: TRDI News