Kelemumur Bukan Sebab Kulit Kepala Kering Tapi…

Facebook
Twitter
Google+

Ramai memberi respon bahawa mereka telah mencuba pelbagai cara untuk cuba memulihkan masalah kelemumur termasuklah menggunakan minyak untuk melembabkan kulit kepala, menggunakan syampu anti kelemumur dan sebagainya tetapi masih tidak mendatangkan hasil kerana ada diantaranya yang mati-mati percayakan mitos ini.

Umumnya, kelemumur bukanlah berlaku kerana kulit kepala kering dan ini kebenarannya:-

#Mitos 1: Kelemumur Terjadi Kerana Kulit Kepala Kering

Sumber: aestheticsandbeauty.com

SALAH! Kelemumur terjadi sebenarnya disebabkan minyak (sebum) kulit kepala yang keluar secara berlebihan lalu menyebabkan kulit kepala berkelemumur dan disertai kegatalan.

#Mitos 2: Cuci Kepala Dengan Kuku

SALAH! Cara mencuci kepala dengan betul adalah dengan menggunakan hujung jari dan bukannya kuku. Jika bersyampu sambil menggaru, ia sebenarnya tidaklah membuat kepala anda bersih malahan akan menyebabkan iritasi, akar rambut menjadi lemah seterusnya risiko rambut gugur lebih besar.

#Mitos 3: Guna Minyak Untuk Lembabkan Rambut dan Kulit Kepala

Sumber: umaoils.com

SALAH! Kelemumur terjadi kerana kulit kepala terlalu berminyak! Jadi elak menyapu minyak pada kulit kepala dan jika mahu melembabkan rambut sekalipun, sapu sahaja dari bahagian tengah rambut hingga ke bawah tanpa terkena kulit kepala dan pangkal rambut.

#Mitos 4: Conditioner Perlu Disapu Dari Akar Rambut 

SALAH! Kulit kepala sedikit pun tidak memerlukan conditioner. Fungsi conditioner atau pelembab rambut adalah diformulasikan untuk rambut. Sebaiknya elak kulit kepala terkena conditioner dan sapu sahaja ia pada bahagian tengah rambut hingga ke penghujungnya.

#Mitos 5: Syampu Anti-Kelemumur Boleh Hilangkan Kelemumur

SALAH! Jangan terlalu percaya dengan iklan-iklan di televisyen tentang syampu anti kelemumur kerana menurut doktor, sebenarnya tiada mana-mana syampu pun bisa menghapuskan masalah kelemumur namun, ia hanya mampu MENGURANGKAN masalah tersebut.

#Mitos 6: Kurangkan Mencuci Rambut Kalau Tak Mahu Masalah Kelemumur Jadi Lagi Teruk

SALAH! Saban hari kepala akan menghasilkan minyak dan peluh menyebabkan akar rambut semakin lemah lalu menyebabkan masalah kelemumur dan rambut gugur semakin menjadi-jadi. Jika anda berlemumur, cuci rambut sekerap mungkin (selang sehari) untuk pastikan kulit kepala sentiasa bersih dna kotoran tidak terkumpul pada permukaan kulit kepala.

Selamat beramal! ❤

Sumber : Wanista

 

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008