Kemesraan Pengantin Diraja Curi Tumpuan Rakyat Jelata

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar yang berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz pada Ahad, terus menjadi bualan rakyat jelata.

Tular di media sosial gelagat mesra kedua-dua mempelai diraja yang sempat dirakam pada istiadat persandingan yang membuatkan ramai teruja.

Malah kehadiran kedua mempelai diraja berkenaan di khalayak ramai turut mencuri tumpuan rakyat dalam merakamkan kemesraan pasangan pengantin diraja.

Rakyat jelata tidak melepaskan peluang bergambar bersama apabila pengantin diraja itu muncul mengunjungi Pasar Sera Kuantan.

Dapat dilihat dari gaya Tengku Puteri Afzan yang sopan dan tidak lekang dengan senyuman sambil tangan menggenggam erat suaminya, FD Idzham.

Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham selamat diijabkabulkan pada Khamis lalu di Balai Mahkota, disusuli istiadat berinai pada Jumaat.

Kesemua istiadat disiarkan secara langsung melalui dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 dan satu di Tasik KotaSAS, di Kuantan.

– AWANI