Kenapa Di Tengah Donat Ada Lubang?

Facebook
Twitter
Google+

Donat menjadi kesukaan ramai kerana rasanya manis dan pelbagai variasi, anda pasti tidak dapat menolak kelazatannya yang mempunyai tekstur lembut dengan topping yang membangkit selera. Tetapi bolehkah anda meneka, kenapa di tengah-tengah donut dibuat lubang?

Memetik laman Times of India, lubang pada donat sebenarnya dilakukan sejak abad ke-19.

Ketika populariti donat mula naik, muncul pesaing terdekatnya, iaitu bagel. Trend makan bagel agak popular di kalangan penduduk di bandar New York. Menurut para penganalisis trend makanan, para pembuat roti kemudian mencipta idea membuat lubang pada adunan donat sebelum menggorengnya. Ini dilakukan supaya mereka dapat memaparkan donat dan bagel secara serentak. Alasannya, pada masa itu beberapa kedai menggunakan kayu untuk menjual produk pastri mereka di hadapan tingkap kedai.

Menurut Nitya Sehgal, seorang pakar dalam bidang penataan makanan, “Dengan populariti donat di pasaran India yang semakin meningkat (terutamanya di kalangan kanak-kanak), para chef berminat untuk mereka-bentuk semula paparan makanan yang bertekstur lembut itu. Mulai dari menambah krim keju, coklat, teh hijau, dan banyak lagi.”

Donat membawa inspirasi kepada dunia masakan

Pada tahun 1916, ketika Kapten Hanson Gregory mendapat idea originalnya untuk membuat lubang pada adunan donat, ini secara tidak langsung membuka fikiran kita bahawa betapa banyak inovasi yang boleh kita lakukan pada makanan. Anda hanya perlu keberanian dan idea kreatif untuk menjadikannya berlaku.

Sumber: AliffChannel

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008