Kenapa Kulit Muka Cepat Gelap Dan Ada Tompok Hitam?

Facebook
Twitter
Google+

Pantang kena cahaya matahari sikit, kulit muka anda terus naik kesan kemerahan dan selepas beberapa hari mula muncul tompok hitam.

Kulit mereka yang sering terdedah dengan cahaya matari terutamanya sinaran terik lebih berisiko menerima masalah pigmentasi iaitu tanda-tanda penuaan kulit.

Pigmentasi biasanya muncul lapisan tompokan hitam biasanya sekitar pipi, atas bibir dan dahi. Ia perlahan-lahan merosakkan sel kulit tanpa anda sedar. Kalau dilihat secara permukaan ia mungkin tampak normal dan boleh pudarkan menggunakan mekap seperti concealer, bedak asas atau color correctors

Foto – Fashionista

Namun lama-kelamaan ia mula meninggalkan tona kulit tidak sekata dan hitam serta kulit anda lebih nampak tua (berkedut).

Stress pula, kenapa agaknya kulit jadi sebegitu?

Ramai diantara kita tidak memakai pelindung matahari atau UV. Bagi anda cukup dengan perlindungan dari bedak dengan label ‘SPF 30’, sebenar ia langsung tidak membantu! Pembentukan pigmentasi kulit terjadi selepas 10-20 tahun, maknanya ia mula develop sejak dari kita kecil lagi.

Pulihkan…

#1 Pakai sunscreen! Sama seperti pelembab dan serum yang anda selalu pakai, amalkan krim pelindung matahari sebelum anda keluar rumah atau tidak. Ramai menganggap hanya memakai sunscreen bila berada di luar tapi kulit juga boleh rosak akibat terdedah dari sinaran UV. Pakai krim pelindung matahari selepas rutin muka yang terakhir dan sebelum mekap.

Krim pelindung matahari pilihan penulis! Foto – Really Ree

#2 Jika muka anda cepat naik gelap ini kerana kulit anda tidak cukup dengan perlindungan semulajadi dari antioksida. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran dari tinggi antioksida seperti pisang, manggis, strawberi, beri, oren dan banyak lagi.

Foto – foodandwine.com

#3 Basmi masalah tompok gelap dengan menggunakan produk mencerahkan kulit. Anda boleh tambah produk brightening dalam penyegar, masker ataupun pelembab.

Foto – bustle.com

NAMUN! Masalah pigmentasi bukan sahaja disebabkan dari kesan terdedah dari cahaya matahari. Jika anda  mengesan perubahan warna kulit dibahagian selain muka. Ia berlaku akibat perubahan hormon, kesan alergik atau kesan pembuangan bulu roma.

Hati-hati ya pigmentasi kulit bukan perkara yang boleh dibuat main-main.

Sumber : Wanista

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008