SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

Kerajaan Dan KPT Perkenal Dua Program Bantu Siswazah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menerima kunjungan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bersama delegasi di Wisma Sri Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN 25, FEBRUARI 2021: Kerajaan Pahang bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memperkenalkan dua program iaitu Jobs@State dan Gradpreneur@State bagi membantu siswazah yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, untuk tujuan itu KPT akan menyediakan peruntukan sebanyak RM2.64 juta dan bakal memanfaatkan kepada 500 siswazah terlibat.

“Kerajaan Negeri prihatin dengan siswazah (yang telah menamatkan pengajian) dan terkesan dengan langkah-langkah ketat bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19.

“Justeru, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan KPT memperkenalkan dua program iaitu Jobs@State dan Gradpreneur@State bagi membantu mereka,” katanya dalam satu kenyataan media di Facebooknya hari ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menerima kunjungan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bersama delegasi di Wisma Sri Pahang di Kuantan hari ini.

Sebelum itu beliau menerima kunjungan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bersama delegasi di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Turut hadir, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak.

Beliau berkata, banyak perkara dibincangkan pada kunjungan ini antaranya mengenai kerjasama strategik KPT dengan Kerajaan Negeri.

“Terima kasih atas kunjungan ini. Semoga KPT terus memartabatkan mahasiswa demi masa hadapan mereka dan bangsa,” katanya. –

Sumber: PAHANGMEDIA