SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

Kerajaan kaji bekalkan kit ujian kendiri Covid-19 untuk B40

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Terengganu: Kerajaan menyambut baik cadangan dan saranan membekalkan kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma terutama kepada golongan B40.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim, berkata cadangan supaya kit ujian kendiri Covid-19 diberikan secara percuma kepada golongan itu akan dipertimbangkan kerajaan.

“Kita perlu meneliti kemampuan kewangan. Jika kerajaan menghadapi kekangan kewangan, kita akan berusaha dan mencadangkan supaya subsidi diberikan terutamanya membabitkan golongan B40.

“Kerajaan sedar kekangan kewangan dihadapi golongan berkenaan untuk membeli sendiri kit ujian kendiri Covid-19,” katanya.

“Kit ujian kendiri Covid-19 bukannya di bawah bidang kuasa MOSTI, tetapi kita boleh mengemukakan saranan itu,” katanya kepada media selepas program pengagihan daging korban peringkat kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Wakaf Mempelam, di perkarangan pejabat penyelaras DUN Wakaf Mempelam.

Salixium Kit Rapid Antigen Test Covid 19 sample calitan air liur dan hidung secara Home Test Kit keluaran MEdKAD. FOTO OWEE AH CHUN
Salixium Kit Rapid Antigen Test Covid 19 sample calitan air liur dan hidung secara Home Test Kit keluaran MEdKAD. FOTO OWEE AH CHUN

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Mengulas dakwaan kes individu disuntik picagari kosong di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kedah seperti tular di media sosial Sabtu lalu, Ahmad Amzad berkata, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) masih melakukan siasatan.

“CITF mencadangkan pegawai kesihatan yang terbabit dalam memberi suntikan diminta menunjukkan picagari sebelum dan selepas melakukan suntikan.

“Masyarakat juga dibolehkan meminta petugas kesihatan untuk menunjukkan picagari sebelum dan selepas melakukan suntikan,” katanya.

Sumber: My Metro