
TEMERLOH – Kerajaan Negeri Pahang memperkukuhkan peranan wanita melalui pendedahan terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan wanita di negeri ini diberi platform yang adil dan saksama dalam bidang teknologi.
Program Pemerkasaan Pemimpin Beliawanis: Kecerdasan Buatan Generatif Ke Arah Kepimpinan Berasaskan Ilmu, Kreativiti, Dan Etika melalui Pelan Tindakan Wanita di bawah kluster kepimpinan menumpukan usaha kepada pengurangan jurang gender dalam dunia STEM dan AI.
Ia memandangkan AI dilihat sebagai elemen kritikal dalam memperkasa kepimpinan wanita muda yang ingin menerajui perubahan dan inovasi dalam pelbagai sektor dan masih terdapat jurang pengetahuan dan akses di kawasan luar bandar yang memerlukan intervensi strategik.
Seramai 150 peserta wanita daripada negeri ini menyertai Program Pemerkasaan Pemimpin Beliawanis: Kecerdasan Buatan Generatif Ke Arah Kepimpinan Berasaskan Ilmu, Kreativiti, Dan Etika melalui Pelan Tindakan Wanita di bawah kluster kepimpinan di Dewan Tun Razak, Temerloh.
Melalui
program pembangunan keupayaan ini juga, belia wanita yang terlibat dalam
pembangunan dan penerapan teknologi ini merupakan kunci untuk mencipta masa
depan kepimpinan yang lebih inklusif memandangkan ia membuka ruang untuk
mengatasi cabaran tradisional, seperti kekangan masa dan sumber, melalui
automasi dan analitik data yang lebih maju.
Program ini menggariskan keperluan untuk memperkasakan wanita muda dan belia
dengan pengetahuan dan kemahiran dalam AI generatif yang kini semakin
diperlukan dalam kepimpinan strategik.
Ia dilihat dapat memberi akses kepada peluang kerjaya yang luas serta memperkukuhkan keyakinan wanita muda untuk menjadi pelopor dalam inovasi teknologi, seterusnya memainkan peranan kepimpinan yang lebih signifikan dalam membuat keputusan.
Seramai 150 peserta wanita daripada negeri ini menyertai program yang dijalankan di Dewan Tun Razak bermula 8.30 pagi sehingga 5.30 petang dengan kerjasama Hub Usahawan Pahang. -PAHANGMEDIA





