Kerajaan Pahang Akan Bina Lapangan Terbang Antarabangsa Di Gebeng

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Kerajaan Pahang akan membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Gebeng dalam Rancangan Malaysia Ke-12(RMK-12).

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata pembinaan lapangan terbang ini telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Fizikal Negara baru-baru ini.

“Mesyuarat Fizikal Negara baru-baru ini telah memberikan persetujuan supaya projek ini dapat dikaji secara lebih lanjut dan tidak ada halangan daripada Kerajaan Persekutuan.

Sesi Roadshow Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Unit Perancagan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Bersama Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.

“Ini merupakan perancangan berfasa-fasa bagi pembangunan di Gebeng dan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2050,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Roadshow Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Unit Perancagan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Bersama Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur di Hotel Zenith, di sini.

Turut hadir meyempurnakan sesi roadshow, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB. Dato’ Sri Mustapa Mohamed; YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; dan bariasan exco Kerajaan Negeri.

Menurut beliau lagi, pembinaan lapangan terbang baharu ini juga dipengaruhi oleh beberapa faktor berkaitan lapangan terbang sedia ada di negeri ini.

“Dan keduanya, airport yang diguna sekarang adalah milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), jadi kawasan untuk luaskan lagi airport dah tak ada.

“Dan satu lagi adalah disebabkan oleh perkara berkaitan security kerana ia melibatkan tapak milik TUDM, dan jika pembinaan ini diselesaikan dan beroperasi, lapangan terbang sekarang, Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, akan diserahkan kembali kepada TUDM,”katanya.

Sesi Roadshow Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Unit Perancagan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Bersama Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.

Menurut beliau, pembinaan ini juga merupakan projek yang diberi keutamaan bagi pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) daripada 731 projek yang dimohon.

“Kerajaan Negeri Pahang juga telah memohon 731 projek dengan nilai lebih kurang RM50 bilion, ini termasuklah projek aeroangkasa, lapangan terbang dan juga jalan.

“Dan kita akan menyenaraikan keutamaan kepada 13 senarai projek keutamaan termasuklah Kolej Komuniti Jelai, Jalan Pintasan Cameron Highlands, Jalan KLIA Sepang Bera Ke Temerloh, dan beberapa projek yang lain.

“Selain itu, pembangunan di MCKIP juga akan melibatkan pembinaan pusat membeli belah, hotel, serta pembangunan MCKIP Dua dan Tiga,” katanya.

Sumber: PAHANGMEDIA