SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Kerajaan Pahang Sambut Baik Kenaikan Kadar Bantuan Wang Ihsan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Kerajaan Pahang menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan menaikkan kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah terbabit bencana.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan ini tentu melegakan rakyat Pahang di kawasan-kawasan rendah yang sering terbabit banjir semasa Monsun Timur Laut pada akhir tahun.

Beliau berkata, kenaikan 100 peratus ini menandakan keprihatinan tinggi Kerajaan Persekutuan pimpinan YAB. Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

“Dengan kenaikan ini serta bantuan dihulurkan oleh Kerajaan Negeri, tentu dapat meringankan lagi beban ditanggung oleh rakyat yang terkesan dengan bencana berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sumber: PAHANGMEDIA