Kereta Sentiasa Nampak Baru Jika Amal 6 Perkara Ni!

Facebook
Twitter
Google+

Sama seperti manusia yang inginkan perhatian, kereta juga perlu dijaga dan diambil berat. Tidak kiralah kereta lama atau kereta baru, jika kita menjaganya dengan baik, kos penyelenggaraan dan baik pulih pun dapat dikurangkan.

Tak susah pun nak jaga kereta, hanya lakukan servis rutin secara berkala. Jangan pula tangguh hingga hari raya, atau ketika hendak bercuti-cuti Malaysia. Kalaupun anda tidak tahu langsung tentang kereta, sekurang-kurangnya lakukan 5 perkara ni supaya kereta anda nampak baru dan terjaga.

#1 Cuci Kereta

Tak perlu terlalu kerap, jangan pula tunggu sehingga terlalu kotor. Kereta perlu segera dicuci jika terkena air hujan, embun, ada serangga mati atau terkena najis burung. Nampak kecil tetapi air hujan, serangga dan najis burung mampu mengeluarkan bahan yang boleh menghakis cat kereta.

Paling tidak pun bilas kereta dengan air setiap kali terkena hujan atau terbiar di dalam embun. Dah cuci, pastikan kereta dikering dengan betul supaya tiada kesan titisan air yang melekat pada kereta.

#2 Tayar 

Periksa angin tayar dua minggu sekali.  Tak tahu tekanan udara yang sesuai untuk kereta? Cuba tengok di kawasan pintu kereta, kebiasaaannya ada dilekatkan jumlah PSI untuk tayar anda.

Lakukan rotation tayar setiap 6 bulan dan selalulah periksa bunga tayar.

 

#3 Parkir

Parkir kereta di kawasan berbumbung agar cat tahan lama. 2 ke 3 bulan sekali, wax kereta agar warnanya tak luntur dan nampak baru!

Semasa parkir, pastikan tayar dan stereng kenderaan anda dalam keadaan lurus bagi mengelakkan “drive shaft” cepat rosak.

 

#4 Muatan

Jangan bawa muatan berlebihan, sama ada barangan atau penumpang atau barangan. Kereta yang terlebih muatan ini boleh menyebabkan berlaku ketidak stabilan pada penyerap hentakan, tayar mudah panas, kelajuan dan stereng sukar dikawal, brek mungkin bermasalah dan penggunaan bahan api pun bertambah.

#5 Lubang

Pandu hati-hati terutama ketika melalui bonggol atau kawasan jalan berlubang dan tak rata. Jangan bawa laju, takut rim kereta bengkok atau penyerap hentakan rosak.

Sumber: Astro Gempak

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008