SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Kerja penambahbaikan siap jam 5 pagi tadi – Air Selangor

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Shah Alam: Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSPI) siap dilaksanakan 5 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, sehingga 6 pagi, sistem rawatan air di LRA SSPI sudah distabilkan dan bekalan air mula disalurkan ke sistem agihan bekalan air.

“Bekalan kepada pengguna akan mula disalurkan secara berperingkat pada 5 petang hari ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun katanya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza.

“Ini bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Air Selangor terus menggerakkan bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki ke premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) dan pusat pemberian vaksin (PPV) serta untuk upacara pengebumian,” katanya.

Sumber: My Metro