KE UDARA

Jagakan Dia

Shiha Zikir
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Kerjasama Bernama Radio, ManisFM Bakal Mantapkan Usahawan Bumiputera

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mencadangkan ManisFM menjalinkan kerjasama dengan Bernama Radio untuk memantapkan lagi rancangan-rancangan berkaitan perniagaan dan keusahawanan terbitannya.

Katanya ini kerana program berkaitan keusahawanan yang diterbitkan Bernama Radio kini menerima sambutan menggalakkan dan kejayaan itu boleh dikongsikan dengan ManisFM yang merupakan sebuah stesen radio milik kerajaan negeri Terengganu.

Liputan di pantai timur ini ada cara tersendiri dan saya fikir ManisFM bersama Bernama Radio boleh bekerjasama meningkatkan lagi mutu rancangan perniagaan dalam bahasa Melayu dan juga meluaskan liputan dan capaian kepada para pendengar. Pantai timur ini kelebihannya mempunyai ramai usahawan Melayu dan bumiputera termasuk wanita. Jadi itu satu kelebihan dari segi kandungan. Bernama Radio sudah ada pengalaman mengendalikan rancangan perniagaan dengan baik dan di sebelah sini (ManisFM) ada kandungan yang unik

Sumber : Bernama, TRDI News

Terkini | Popular