KE UDARA

JANJI MANISMU

AISHAH
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Kisah Berdarah Disebalik Tiang Lampu di Kedai Gunting Rambut

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Oleh Najmi Mamat

Setiap kali singgah ke kedai gunting atau salun rambut, anda perasan tak tiang lampu putar berwarna merah, putih dan biru yang dipamerkan dekat luar kedai? Lampu ini digunakan oleh kebanyakkan tukang gunting rambut sebagai penanda kewujudan premis mereka di kawasan itu.

Meskipun ada yang percaya bahawa gabungan tiga warna tersebut memberi maksud patriotik, namun ada sejarah disebalik warna itu.

 

Tukang gunting rambut atau perkhidmatan ini sudah pun wujud sejak zaman pertengahan lagi. Ketika itu, selain dari menggunting rambut, pembedahan kecil, mencabut gigi dan aktiviti menyedut darah atau pembekaman juga boleh dilakukan.

Setiap lampu belang tiga warna ini sebenarnya mempunyai maksudnya tersendiri. Menurut sejarah, ketika proses bekam, pesakit di minta untuk memegang sebatang kayu bagi mengekalkan posisi lengan. Tukang gunting kemudiannya akan menyerap darah menggunakan kain pembalut putih serta dililit pada kayu itu sebelum dijemur di depan klinik mereka.

Lama-kelamaan, situasi ini menjadi kebiasaan sehingga menimbulkan rasa jijik dalam kalangan pelanggan. Maka, pembalut yang digantung itu ditukar dengan tiang putih yang di cat dengan warna merah dan biru.

Merah pada lampu itu merujuk kepada darah. Manakala, putih merujuk kepada warna pembalut dan biru pula menggambarkan urat atau pembuluh vena iaitu tempat darah disedut. Sehingga kini, model tiang ini masih lagi digunakan di serata dunia.

Trivia: Sekiranya anda nampak tiang lampu ini berputar, ia bermaksud kedai guntng rambut itu beroperasi, demikian sebaliknya jika berhenti berputar bererti tutup.

Sumber: Business Insider

Terkini | Popular