KMI Kuantan Medical Centre Raih Akreditasi MSQH

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – KMI Kuantan Medical Centre (“KMI Kuantan”) menjadi hospital pertama di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (“KMI Healthcare”)  menerima akreditasi penuh oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia atau Malaysian Society for Quality in Health (“MSQH”) untuk perkhidmatan penjagaan kesihatannya.

Akreditasi selama empat tahun itu telah dianugerahkan pada 30 September lalu, melalui satu majlis rasmi sebagai pengiktirafan buat pematuhannya terhadap garis panduan oleh badan akreditasi dalam memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia.

Hadir meyampaikan sijil akreditasi kepada Muhammad Ghazali Zainal Yusof, Pengurus Besar KMIKuantan, ialah Prof. Dato’ Dr. Haji Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif MSQH.

Majlis penyerahan sijil berlangsung di premis MSQH, Kuala Lumpur, dan disaksikan oleh Dr. Rayney Azmi Ali, Ketua Pegawai Eksekutif KMI Healthcare, Prof. Dr Mokhtar Awang, Pengarah Perubatan KMI Kuantan, dan Dasimah Ahmad, Ketua Pegawai Jururawat KMI Kuantan.

MSQH adalah badan akreditasi kebangsaan bagi industri penjagaan kesihatan yang memberikanpenekanan terhadap keselamatan serta kualiti dalam penyediaan fasiliti dan perkhidmatanpenjagaan kesihatan.

Program Akreditasi Hospital oleh badan tersebut memberikan penanda aras berkesan untuk organisasi-organisasi penjagaan kesihatan menilai tahap prestasi masing-masing,berpandukan piawaian kebangsaan yang telah dirangka oleh barisan veteran profesionalpenjagaan kesihatan, bersesuaian untuk kegunaan di seluruh Malaysia.

Dr. Rayney dalam satu kenyataan berkata, pentauliahan akreditasi oleh MSQH menjadi perakuan kepada kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan diberikan oleh KMI Kuantan setanding dengan penyedia-penyedia terkemuka yang lain, sekali gus mengiktirafkannya sebagai sebuah hospital yang dipercayai serta telah memenuhi piawaian kualiti kesihatan di Malaysia.

Beliau turut berkongsi bahawa akreditasi dicapai oleh KMI Kuantan ini akan menjadi inspirasi buat empathospital KMI Healthcare yang lain bagi mencapai pengiktirafan yang sama, bertepatan dengan visisyarikat untuk menjadi “Penyedia Penjagaan Kesihatan Pilihan yang Dipercayai”.

.Sumber : UNIT BERITA MANIS FM